Mimpi Ngeri Di sebuah Homestay

Bismillahirahmanirahim

Al-kisah kami menyewa sebuah homestay untuk menghadiri kenduri kawin saudara yang terdekat. Dari luar kelihatan biasa-biasa sahaja, tak da lah memperlekehkan homestay tersebut sebab ianya terletak jauh diperdalaman. 

Apabila melangkah masuk ke ruang tamu, rasa sejuk je, ruang tamu mempunyai penghawa dingin, mengalahkan d'pinang homestay pula. Tiada deko yang menarik, semuanya biasa je malah ianya nampak kosong. Mungkin kerana ruang tamu yang tersangatlah luas lebih kurang 20'x15'. Terdapat 3 bilik disediakan kesemuanya mempunyai katil kelamin. Pada pemerhatian saya, homestay ini sangat lah sederhana kemudahan yang disediakan. 

Merasakan berbaloi homestay ini disewa oleh kerana saiznya yang agak besar yang memuatkan 3 hingga 4 keluarga dan harganya agak mudah. Kami semua membawa toto dan selimut sendiri. Kesemua bilik dilengkapi kipas yang high speednya macam nak tak nak je. Terasa sadis di situ. 

Dari segi kelengkapan dapur agak memilukan kerana hanya boiler sahaja disediakan, pinggan mangkuk tak selera untuk digunakan. Al-kisah waktu malam nak mandi, waduhhhh... bahagian yang menempatkan dapur dan bilik air takda lampu, aisyyy macam mana nak buat ni. Terpaksa saya menumpang mandi di bilik master. 


Apabila nak menumpang mandi di bilik air master badroom terpaksa orang dibilik tersebut keluar sebab pintu bilik air takda kunci. MasyaAllah terasa serik tau menyewa disitu. Pada waktu malam pula kami terpaksa membuka pintu bilik supaya sejuk aircond  diruang tamu masuk ke dalam bilik. 

Pabila tengah malam, terasa dingin sampai ke tulang rusuk, sampai nak terkucil dibuatnya. Nak tak nak kejutkan adik untuk teman ke tandas yang gelap itu. Dengan menggunakan cahaya handfon kami ke tandas tersebut. Ya Allah punya lah tinggi busut di dalam tandas tersebut yang melekat dekat dinding, menakutkan sungguh. Macam mana lah tergamak penyewa memberikan kami sewa homestay dengan keadaan yang macam ni. Dengan penuh keterpaksaan terpaksa juga saya mengucilkan diri di depan pintu tandas sahaja. Tak sanggup untuk melangkah masuk ke dalam. huhuhu.. 

Saya rasa ianya satu mimpi ngeri yang pernah saya lalui semasa menginap Homestay. Serik rasanya menyewa disitu. Sekembalinya saya ke rumah, saya pun bermonolog sendiri " aku akan pastikan homestay aku bersih dan kemas supaya orang berasa selesa". 

Begitulah hikmah disebalik apa yang terjadi. InsyaAllah tak akan terjadi kepada mereka yang menginap di D'pinang Homestay. Kami akan pastikan anda selesa seperti berada di rumah sendiri. Kecuali tahap kepanasan anda. hehehe sebab homestay kami takda aircond. Kenapa kami tidak memasang aircond di D'pinang Homestay???? jawapannya akan menyusul di entry seterusnya.

Terima kasih kerana membaca blog ini. Segala penceritaan di dalam blog ini tidak diizinkan dicopy paste kerana ianya ditulis sebagai pedoman kita bersama sahaja. Sekian, wasalam. 


Ulasan

Catatan Popular