Terma & syarat

Syarat ini tertakluk kepada semua penyewa yang menyewa D'pinang Homestay

1.      Terma ini hendaklah digunakan untuk semua kontrak yang dibuat antara D’pinang Homestay dengan penyewa-penyewa (seterusnya disebut penyewa) dan sah untuk semua tempahan dan perjanjian untuk sewa tempat tinggal dan hendaklah digunapakai untuk semua kemudahan di D’pinang Homestay.
 
2.      Penyewa adalah dikehendaki untuk membaca Terma dan Syarat ini. Kontrak ini merupakan syarat tambahan kepada bayaran deposit penyewa.
 
3.      Kadar sewa asas akan berubah dari semasa ke semasa.
 
4.      Deposit yang dibayar tidak akan dikembalikan.
 
5.      Bayaran penuh secara tunai perlu dibuat semasa proses daftar masuk dan penyerahan kunci. Resit bayaran akan diberikan oleh pihak D’pinang Homestay.
 
6.      Daftar masuk bermula pukul 2.00 petang dan daftar keluar adalah pada pukul 12.00 tengahari. Kegagalan untuk mematuhi masa daftar keluar akan dikenakan penalti RM 10 bagi setiap jam. Daftar keluar selepas jam 2.00 petang akan dikenakan caj penginapan satu hari mengikut kadar semasa.
 
7.      Keselamatan penyewa dan tanggungan mereka selama menginap di D’pinang Homestay  adalah di bawah tanggungjawab penyewa sepenuhnya. Kecederaan dan kemalangan semasa menginap di premis adalah di bawah tanggungjawap penyewa. Penyewa tidak boleh menuntut sebarang ganti rugi daripada pihak pengurusan D’pinang Homestay akibat kemalangan atau kecederaan yang penyewa dan tanggungan mereka alami semasa menginap di premis ini.
 
8.      Penyewa adalah dinasihatkan untuk memastikan premis dalam keadaan berkunci semasa meninggalkan rumah dan elakkan meninggalkan barangan berharga. Pihak D’pinang Homestay  tidak akan bertanggungjawab atas kerugian harta benda akibat kegagalan mematuhi arahan mengunci kediaman.
 
9.       Penyewa hendaklah menggunakan kemudahan yang disediakan dengan berhemah. Sebarang kerosakan berpunca daripada kecuaian penyewa  dan tanggungan mereka akan menyebabkan penyewa dikehendaki membayar ganti rugi.
 
10.  Merokok adalah dilarang sama sekali di dalam kawasan premis (ruang tamu, bilik tidur, bilik air, ruang makan dan dapur).
 
11.   Binatang peliharaan tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam premis.
 
12.   Semua kegiatan tidak bermoral termasuk minum arak adalah dilarang di dalam premis. Tidak dibenarkan sama sekali pasangan bukan mahram menginap di premis ini, juga tidak dibenarkan mengadakan aktiviti yang bertentangan dengan syariat islam. Kegagalan mematuhi larangan boleh menyebabkan pihak pengurusan D’pinang Homestay membatalkan serta merta perjanjian penginapan sekiranya melanggar ketetapan tersebut dan bayaran tidak akan dikembalikan.
 
13.  Penyewa dikehendaki menghormati kejiranan dengan tidak membuat bising.
 
14.  Kebersihan premis adalah dibawah tanggungjawab penyewa. Sila bersihkan peralatan memasak yang telah digunakan dan membuang sampah di tong sampah yang telah disediakan.
 
15.   Mencuri barang-barang di dalam premis menjadi satu kesalahan. Pihak D’pinang Homestay tidak akan teragak-agak untuk melaporkan kepada pihak polis jika berlaku keadaan sedemikian.
 
16.   Sekiranya penyewa tertinggal barang & tidak dituntut dalam jangka masa 7 hari, pihak D’pinang Homestay berkuasa untuk melupuskan barangan tersebut.
 
17.   D’pinang Homestay berhak untuk membuat sebarang perubahan pada Terma dan Syarat dari semasa ke semasa tanpa notis pemberitahuan.
 

Ulasan

Catatan Popular