Santai di Pantai Klebang, Melaka

Apa yang menarik kat Melaka ni ek? Siapa ada tertanya-tanya begitu angkat tangan, hahahaha. Okey lah, saya dengan hati yang tulus ikhlas amat mengesyorkan supaya anda semua datang ke Pantai Klebang, Melaka. Suasananya sangat best, saya suka bila angin sepoi-sepoi bahasa, saya suka menikmati keindahan lautan dan awan biru. Ya Allah indah sungguh ciptaan mu, Alhamdulillah nikmat mata dikurniakan supaya dapat bersyukur menikmati ciptaanMu Ya Allah. 

Jadi kalau tak percaya, jom layan gambar saya dan keluarga. Boleh hilang stress weii.. 






Selain kita boleh menikmati keindahan Pantai Klebang ini, ada juga aktiviti lain yang boleh dijalankan disini contohnya main layang-layang, naik kuda, main ATV (moto roda 3), anak-anak pula boleh mandi dekat air pancut ditengah-tengah Dataran 1 Malaysia. Memang best la, saya bagi 5 bintang untuk tempat yang wajib dikunjungi dengan anak-anak dan keluarga. 

Pantai Klebang ni juga tak jauh dari D'pinang Homestay!!!!
Okey la sekian sahaja, nantikan update seterusnya untuk tempat menarik yang wajib dikunjungi di Melaka ini. wasalam. 

Ulasan

  1. Memang cantik kan pantai klebang ni..setakat ni saya tak pernah sampai lagi walaupun kalau nk kira dalam setahun tu biasanya kami ke melaka jumpa saudara mara paling tidak 2 kali.. huhu.. kena usahakan juga utk ke klebang nampaknya ni..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular