Pesta Makan Durian Di Melaka Tropical Fruit Farm 24-26 Julai 2015
Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Melaka Tropical Fruit Farm yang terletak di Sungai Udang, Melaka akan mengadakan pesta makan durian dan jualan 1 Malaysia. Wow!!! Gempak kan. Teruja pula rasanya nak menjejak kaki ke sana, nak makan durian puas-puas. Itupun kalau en.suami bagilah sebab en. suami tak makan sangat durian. So bini dia ni kalau mulut bau durian pun die bising. hahahaha
Di bawah ini adalah poster palsu, saya telah call pihak Melaka Tropical Fruit Farm dan mereka memaklumkan bahawa poster ini palsu. Mereka akan adakan pesta ini pada 24-26 Julai 2015.
Kepada orang-orang Melaka jom beramai-ramai datang ke sini ye. Bagi mereka di luar Melaka pun, alang-alang cuti sekolah ni, tak tahu nak bawa anak dan keluarga ke mana kan, jom lah datang ke Melaka, banyak tempat menarik yang anda boleh kunjungi. Jangan lupa singgah seketika kat sini, bukan sahaja ada durian, malah pelbagai buah-buahan tempatan yang lain pun ada juga. Masuk ada bayaran tapi saya tak pasti harga nya. Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web ini. http://melakatropicalfruitfarm.blogspot.com
Itu sahaja daripada saya setakat ini. Sekiranya ada event lain di sekitar D'pinang Homestay ini, saya akan update dari semasa ke semasa. Sekian, wasalam.
Maaf ye...nk tny..,tp td ade bace flyers ni di fb melaka tropical fruit farm...pihak mereka ckp ni flyers palsu
BalasPadamBila awak kata palsu terus sy call, mmg betul la poster palsu. Tarikh yang sebenar adalah pada 24 hingga 26 Julai 2015.
Padampuasa kot julai..hhurrmmm...
PadamDah raya da.. hehehe
PadamOooo.. lepas raya lah ni. siapa la jahanam buat poster palsu.
BalasPadamala... ruginya.. saya dalam pantang plak masa ni..
BalasPadamOrang berpantang memang kene sabar la, abis kan pantang dulu yek. hehehehe
Padam