Close for Booking Until September 2019

Assalammualaikum

Selamat petang dan selamat sejahtera semua. Lambat pula nak update. Untuk makluman semua seperti tajuk di atas D'pinang Homestay Klebang Melaka ditutup daripada menerima tempahan dari bulan Mei 2019 sehingga September 2019 kerana ada guest yang menyewa mengikut bulan. Mula-mula guest nak sewa 2 bulan sahaja tetapi oleh kerana ada kerja yang belum selesai dan homestay yang selesa, maka mereka melanjutkan lagi tempoh menyewa homestay kami, alhamdulillah syukur. 

Ada tak yang tertanya-tanya berapa sewa homestay kalau sewa mengikut bulan?
Biasanya kami akan buka harga mengikut berapa penghuni yang  duduk situ. Kebiasaannya RM3,500 dan ke atas tidak termasuk api dan air (harga adalah mengikut budi bicara).

Tapi untuk makluman kami tak akan ambil orang yang sembarangan kerana untuk menjaga hubungan antara jiran. Contoh kalau penyewa bermotor kami limitkan 5 motor sahaja. kalau berkereta 2 hingga 3 biji sahaja. Ini kerana kawasan perumahan, amat limited kawasannya. Kesian kat jiran kalau penyewa kami nanti menganggu kawasan rumah jiran yang lain. 

Sekian, itu sahaja untuk entry kali ini. Sekiranya ada soalan atau ada yang tercari-cari homestay pada bulan September  2019, boleh hubungi kami mengikut nombor yang tertera di bawah ini.

Wasalam

018-7854751
012-7454751

Salah satu tempat menarik yang boleh dikunjungi di Melaka.

Ulasan

Catatan Popular