Adab jika menginap di homestay

Saya mengharapkan guest yang menginap di homestay tolong lah ada sifat prihatin dan ada adab ketika menginap di homestay, tak kira lah menginap di dpinang homestay ke homestay lain ke. 

Tolong lah jangan merokok di dalam rumah. berkali-kali pesan dan telah menyediakan meja batu diluar rumah. Sila merokok diluar rumah. Habis langsir, sofa bau rokok kalau merokok di dalam rumah.


Selain itu, jangan parking motor di dalam rumah. Minyak hitam dan kesan tayar motor itu kotor dan meyebabkan lantai kotor. 

Ketiga adalah jangan buat bising. Hormatilah jiran tetangga berdekatan. 

Benda-benda basic ni rasanya tak perlulah nak kene ingatkan banyak kali. Allah bagi otak tu untuk kita berfikir bagaimana kalau kita ditempat orang itu.

Ulasan

Catatan Popular