Melaka Avocado Choc

Assalammualaikum

Harini saya nak review pasal minuman yang tengah viral satu Malaysia sekarang ini iaitu Melaka Avocado Choc. Sebenarnya orang dari luar Melaka semua dah cuba air viral ni. Beratur wei depan kedai, panjang gila tu, tak sanggup aku. huhuhu.. Kita yang duduk Melaka baru ni lah nak merasa.

Ikhlas dari hati, review ini tidak berbayar. 
First time minum avocado ini, texture nya likat sikit (sikit jek bukan nau nau) or pekat macam kita blender pisang. Memang rasa nya unik sedikit, susah nak gambarkan, maklumlah tak pernah makan avocado, tetiba kawan belanja minum Avocado Choc ni. Alhamdulillah amin, semoga murah rezeki kawan saya. Bila dah separuh cawan kita minum, ada rasa sedikit pahit. Avocado + Chocolate + Susu = Unik. Minuman ni kalau beli terus minum, kene minum masa air tu sejuk, cuaca panas. Fuhhh memang lega. Actually satu cawan tu, saya tak abis minum sebab sibuk buat kerja terlupa nak abiskan, bila nak minum balik, tekak tak boleh terima sebab dah tak sejuk. Minum air ni kenyang beb, kalau sesiapa diet boleh minum kot tapi tak tahu la kalori nya berapa.  


Masa nak balik ke ofis tak plan pun nak ke sini, tapi kawan ajak, so kita onz je, kalau hari bekerja tak berapa ramai orang, sesuai la waktunya, tak perlu beratur panjang. Gambar ini diambil oleh saya sewaktu sedang menunggu. 

Lokasi kedai ini adalah bersebelahan dengan Keria Antarabangsa. Sesiapa yang tak tahu boleh google je. 

Sejujurnya tahniah kepada yang pencipta resepi ini. Kata orang air viral ni dah lama di Indonesia tapi baru-baru ni je viral kat Malaysia. itu tak jadi masalah bagi saya, copy paste bisnes kalau takda usaha, tak jadi juga. Walau apa pun, TERBAIK lah untuk korang. Semoga terus berjaya di dalam bisnes ini. 

Sekian sahaja untuk review kali ini, nanti saya review beberapa tempat lagi, pastinya yang viral dan sedap ye. 

Untuk sesiapa yang food hunting di Melaka, kalau tak abis sehari, stay la kat Melaka. Boleh hubungi saya untuk booking D'pinang Homestay Klebang. Homestay ni memang strategik, dekat tengah bandar, mudah akses ke jalan utama, ada dobi, klinik kalau ada kecemasan dan sebagainya. boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut. 

018-7854751 Hanie


Ulasan

Catatan Popular