Air Panas Jasin

Assalammualaikum

Alhamdulillah saya diberi kesempatan masa untuk bawa anak-anak ke Air Panas Jasin. Sebenar-benarnya saya compius adakah Air Panas Jasin dengan Air Panas Bemban adalah tempat yang sama atau berlainan. Sebab sebelum tempat itew popular kami memggelarnya "Air Panas Bemban". Rupanya memang tempat yang sama.

Sekarang ni Air Panas Jasin lebih banyak permainan. Sebelum ni banyak orang komplen air panas jasin kotor, air berbau dan macam-macam lagi. Sejauh mana kebenarannya ?? Oleh kerana dah janji dengan anak-anak, kami pun pergi la.


Mula-mula sampai saya pergi kebahagian permainan kanak-kanak. Bersih je. Takda la keladak. Di bahagian belon gelongsor pun ok je. Setelah penat bermain belon gelongsor. Saya pergi ke bahagian hot spring. Lalu je memang ade bau. Sesetengah tempat ada yang berlumut. Geli pun ada tapi memang betul kata seorang kawan saya tu, air tu takda klorin, memang ori airnya, jadi memang agak keruh sedikit. Jadi kalau nak buat ubat, pejam mata je la dengan yang lain.

Walaubagaimanapun saya mengharap pihak MPJ menjaga kebersihan tempat Air Panas Jasin ini sebab rugi la dah ada mata air panas kat situ. Jadi kita peliharalah sebaik mungkin. Begitu juga dengan orang ramai. Sama-samalah kita jaga kebersihan ye. 

Harga tiket Air Panas Jasin

Kombo dewasa - RM10.00
Kombo Kanak-kanak  -  RM7.00
Kanak-kanak bawah 90cm - FREE

Nak upload gambar tapi tah hilang kemana gambarnya oi... kalau yang ada Facebook boleh ikuti saya di FB Page D'pinang Homestay, kalau kat instagram hashtag #dpinanghomestay. kat situ banyak gambar. 

Ok lah. nanti saya update lagi blog saya ni. maaf lah bersawang sangat. hehehehe

Ulasan

Catatan Popular