Belon Besar, Aktiviti Anak-Anak Di Pantai Klebang

Bagi mereka yang terpikir-pikir nak bawa anak ke mana, nak pilih destinasi untuk mengisi masa lampang bersama anak-anak. Saya ada satu cadangan, apa kata anda bawa anak-anak bermain belon besar sebagai aktiviti anak-anak di kawasan Pantai Klebang, Melaka.


Anak saya cukup suka datang sini dan pastikan membawa bekal air minuman sebab anak-anak kita akan berpeluh-peluh kepenatan bermain dan kehausan. Mereka akan bermain tanpa henti, sampai habis tenaga, keesokkan mengadu sakit kaki. hehehehe. itu anak saya lah.


Bayaran masuk adalah RM10 satu kepala dan mainlah tanpa limit masa. Nak masuk petang keluar malam pun takpa Kanak-kanak umur bawah 2 tahun tidak dikenakan sebarang bayaran. .

Banyak lagi aktiviti yang anak-anak boleh lakukan di Pantai Klebang contohnya main layang-layang atau wau, main go-kart, naik kuda, main playground, mandi laut dan sebagainya.

Ulasan

  1. Menarik ni.. kalau bawa anak2 usia naim nazif ni best la diorang..

    BalasPadam
  2. klebang sekarang busy je. kalau weekend memang ramai la orang beriadah

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular