Berkat Roti John Pantai Puteri, Melaka

Assalammualaikum dan salam jumaat.

Harini saya nak kongsi kedai kegemaran roti john ayah saya iaitu terletak di sekitar kawasan Pantai Puteri, Melaka. Kedainya berada di tepi jalan dan mudah nak cari. Alhamdulillah satu hari di bulan puasa haritu, kami sekeluarga berkesempatan pergi ke Berkat Roti John ni dan ternyata memang sedap. Siap ada kuah cicah sekali. Ayah saya kata kedai ni memang dah lama cuma saya je yang tak tahu.hehehe



Kalau dari D'pinang Homestay Melaka lebih kurang 4 km iaitu 6 minit sahaja. Kat sekitar situ memang banyak kedai makan cuma sedap ke tak tu kene lah cuba ye. 

Inilah lokasinya. Mudahkan. Kalau payah sangat taip je kat google map Berkat Roti John. 

Klik untuk gambar lebih jelas

Setakat ini sahaja. Lain kali saya akan update tempat makan menarik kat sekitar D'pinang Homestay ini lagi ye dan semestinya di Melaka. Melaka maju negeriku sayang, cewahhh...

Sekiranya berminat untuk menginap di D'pinang Homestay jangan malu jangan segan, marilah hubungi saya atau suami di no. 019-6609951 atau 012-7454751.. Sekian wasalam. 

Ulasan

  1. Kalau kami jadi ke melaka minggu ni nak try la cari roti john ni.. tp entah jadi ke tidak.. menarik la nampaknya plating roti john ni

    BalasPadam
  2. menarik dan sedap tau, ikut tekak saya lah,, org lain sy xtau.. hehehehe

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular